Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

Kuala Lumpur - Kota Bharu

Assalamualaikum

sekarang ni kat umah my MIL at Bachok. balik sempena cuti Hari Buruh (i Mei). akan ada di kampung sampai Selasa. dah lama x balik Kelantan..;(. enjoice few pics dlm flight. macm biasa la AirAsia (www.airasia.com). murah sket compared MAS.


Departure : 1815
Arrival : 1905


Conteng Conteng

Assalamualaikum

Alhamdulillah, buku conteng conteng (www.contengconteng.com) edisi kedua dh selamat sampai. sungguh kiut miut.sukaa..tp x puas baca la..dh hbs..hehehe..



di belakang buku disertakan sekali sticker penulis+kucing kesayangan..plus buku istimewa kucing the cat



10 steps to a happier and awesome (cat) life, by kucing the Cat :)

Thursday, April 28, 2011

Movie Hour | The Last Dragon





Release Date: 14 April 2011
Language: English
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 34 Minutes
Director: Mario Andreacchio
Cast: Sam Neill, Jordan Chan, Louis Corbett, Robert Mammone

Synopsis: What was meant to be a quiet vacation for a boring archaeological dig in China, follows two young teenagers Josh and Ling, who meet each other while following their parents on the expedition. Not long after, strange and mysterious things starts to take place and unfolds into a sighting of a "monster", deep in a cave whose entrance has been hidden by a temple for thousands of years. The teenagers soon realise that the "monster" is an ancient Chinese Dragon trapped on earth, but as the sleeping dragon gets awoken, a breathtaking struggle between good and evil awakes from slumber as well.

(Source: Cinema Online)

Sunday, April 24, 2011

My Kesayangan's

LukisLukis :)


Movie Hour | Just Go With It

Assalamualaikum
date : 23 April 2011
venue : TGV KLCC
rate : 9/10
genre : Romantic comedy

Best sgt2..patut utk ditonton oleh semua org..classification 18.wallah...

On a weekend trip to Hawaii, a plastic surgeon convinces his loyal assistant to pose as his soon-to-be-divorced wife in order to cover up a careless lie he told to his much-younger girlfriend.

Thursday, April 21, 2011

ContengConteng

Assalamualaikum

X sabar nak tunggu buku Contengconteng. dipahamkan penghantaran akan dibuat melalui pos pd 25/4/2011 oleh En Mohd Fadhli (creator contengconteng). kartunnya sgt kiut miut. semalam baru buat payment..heap heap...



kalo rajin singgahla..www.contengconteng.com

Eat Pray Love | Flaming

Assalamualaikum

Dah lama x makan kat flaming ni. flaming terletak bersebelahan Sunway Piramid ye..bawah Hotel Sun Inn.type:buffet.masa diberi utk makan sebanyak mungkin ~ 2 jam. RM 23.90/person (adult). kalo nak buat gathering pn agak menarik.cuma kena buat reservation sbb tempat ni sentiasa full.

kuah utk rebus ada 2 (sup/tomyam). ada pelbagai jenis seafood dr udang, sotong, ketam, kepah (mcm mcm bentuk/style), ada jugak ikan keli, ayam, bebola ikan (mcm mcm bentuk/kaler), ada yee mee, sohoon, kangkung dll. nk sebut pon sampai dah x ingat.

ada juga makanan yg dh dimasak cthnya: nasi goreng, kuetiaw, rendang ayam, sosej goreng dll.ikut mood tukang masak dia nak masak apa hari tu.so, jgn expect sntsa ada kuetiaw gorg/n.gorg.
turut terdapat ice-cream, ABC (buat sendiri) dan juga beberapa jenis air (pelbagai warna).





selamat menjamu selera !!

Tuesday, April 19, 2011

Cekgu Fizik

Assalamualaikum

Ok, masuk hari ni dh rasmi 11 bulan 5 hari aku jadi cekgu fizik kat MSU ni. rutin harian seorang cekgu utk budak budak besaq macam cekgu lain jugak.cumanya budak budak nakal, bising, argue, asyik x paham je..huh...nama pon nk belajar kan.budak budak zaman skang x sama macam aku dulu.paham ke x paham = paham aje..itu istimewanya kami dulu.

kalendar utk semester baru dah start dlm 2 minggu
dah.so skang masa siapkan soalan mid semester la (walhal due date dia dh lepas last week). itu antara tugas seorang cekgu la selain mengajar, menjerit dlm kelas (sbb budak2 bising), dll.

utk siapkan soalan exam, memang pening kepala la.sebbnya nk make sure kalo kita buat soalan budak budak agaknya boleh la jawab.
lepas tu pk lagi soalan apa.sebab soalan x digalakkan berulang ulang la.so kena fresh.memang mencabar..hahah..banyakla nk kena belek buku.ada la dalam 5/6 buah buku.plus la nota aku skali




antara buku yg di study utk buat soalan


nota yg comel jugak ^--^

Monday, April 18, 2011

Recipe of the Day | Puding Roti

Assalamualaikum

Bahan bahan:


1. susu cair (x kesah cap apa) 1 tin
2. esen vanila (nk ilangkan bau telur) 1 sudu teh
3.1 telur 5 biji


4. roti 8 keping
5. kismis/badam ditabur


Puding roti di modified makan dgn ice-cream..yummy



tempoh penyediaan : 20 minit je

Saturday, April 16, 2011

Miri, Makanan & .....





Kempen Pilihan Raya..

Friday, April 15, 2011

Taman Negara Niah

Assalamualaikum

Day 2 : Gua Niah

Kami bertolak ke Niah selepas makan laksa sarawak :) kt Miri. Dalam pkl10 pg la baru bertolak ke sana. perjalanan mengambil masa sekitar 1.5 jam. jalan x berapa elok. x rata. sepanjang perjalanan hanyalah pemandangan kg kg especially rumah rumah panjang. rupa rupanya rumah panjang diberi nama sempena nama Tuai Rumah. ada yg rumah panjang tradiosal ada juga yg moden (rumah batu). kami sampai di sana pukul 11.30 pg.


bayaran MYR 10/head

utk ke Gua Niah mestilah menyeberangi Sg Niah. utk boat pulak MYR 1/head.



perjalanan utk sampai ke Gua Niah perlu berjalan kaki sejauh ~4km. sgt penat. tambahan pulak jalan agak licin. kadang kadang kena daki bukit. memang penat & berpeluh x hengat. fuhhhh...sabo je la..



utk masuk ke dalam Gua Niah, mesti ada torchlight sbb dlam tu gelap x nampak apa2. torchlight lak kena sewa MYR 5. suasana dlam Gua Niah mestila gelap sgttt. masuk ke dalam Gua hanyalah utk 1 kepuasan. x kan la dh jalan jauh2 x nak masuk lak kan? dlam tu, kita dapat lihat cahaya masuk dr bumbung gua.sgt cantikk..:)


Indahnya ciptaan Allah..

Thursday, April 14, 2011

Coret Coret Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum

snap snap sepanjang perjalanan & sekitar bandar..enjoice






Masjid Emas (Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien)
Kesemua kubahnya diperbuat drp emas.difahamkan kubah yg terbesar dianggarkan bernilai $B 7 juta.Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolakiah menunaikan solat Jumaat di sini. Ruang dalam masjid sgt cantik, sejuk & dilengkapi sebuah eskalator. dimana Sultan Brunei akan menggunakannya utk naik ke ruang khas sementara menunggu Solat Jumaat




Kg Ayer, Negara Brunei Darussalam

Assalamualaikum

Day 1: Brunei
Kami bertolak ke Brunei pg, ambil masa hampir 3 jam dr Miri via kereta. sepanjang perjalanan ke Bandar Seri Begawan (BSB) hanyalah dihiasi dgn kiri kanan jalan yg bersemak samun.tiada pembangunan. hanyalah kg kg kecil. macm x percaya. iye la Brunei terkenal sbg negara yg kaya. sepatutnya bnyak la pembangunan. BSB sja yg betul2 membangun yg dpt didefinisi kan sbg sbuah bandar.

Sampai sahaja Brunei, kami trus ke KG AIR.





tambang boat = $B10/head

Secara ringkas mengenai KG AIR, bilangan penduduk di sini ~22 000 org.bayangkan betapa besarnya perkampungan ini. terdapat 14 buah sekolah. ini termasuklah sekolah rendah, menengah malah terdapat juga sekolah agama.pengangkutan utama penduduk di sini semestinya pengangkutan air (boat laju) sehingga wujudnya Boat stop.kalau kita Bus stop. kehidupan mereka sgt menarik.kita dapat lihat kanak kanak berbaju sekolah sedang menunggu boat. sungguh unik..:). utk pengetahuan, penduduk kg ini, turut mempunyai kenderaan darat (kereta,motosikal,van, dsb) yg di parkingkan di seberang sungai.





yg paling menarik di sini ialah adanya stesen minyak SHELL atas air. khusus utk boat boat. sgt unik..:)..

Wednesday, April 13, 2011

Kuala Lumpur - Miri


Assalamualaikum

Jumaat (8/4/2011) telah bertolak ke Miri, Sarawak. perasaan teruja sgt tinggi.sebb inilah kali pertama nak jejak kaki ke Sarawak.Flight kami pkul 1935. perjalanan ambil masa 2 jam 15 min. trip ke Miri mmg telah lama dirancang. naik AirAsia.





kat LCCT sementara tggu boarding at 1905
first la jugak beli makanan atas flight sbb lapaq sgt..


Pak Nasser's Nasi Lemak (MYR 10)



Alhamduliilah, 2150 selamat sampai airport Miri.


Monday, April 11, 2011

Mode : EL

Assalamualaikum

pg td pkl 2.38 pg baru selamat sampai rumah dr Miri. sungguh penat. nnt akan aku updatekan aktiviti di Miri/Brunei yg padat. maklumla p 2 hari je.tp apa2 pn nk ucapkn bebanyak terima kasih kat tuan rumah Miri En Aidil Hannan sebb spend time & money layan kami.

mata masih separuh terbuka sebb x cukup tidur, kaki plak sakit2 sebb memanjat Gua Niah..what a great great great experiences..

Thursday, April 7, 2011

Demam Hantu Kak Limah

Assalamualaikum

lepas je ABPBH ahad hari tu, kecoh citer pasal USOP WILCHA..mmg lawak x hengat la malam tu.solute kat diorg yg boleh bawa watak dgn mantap.especially si USOP WILCHA ni. dh jd mcm fenomena. & tentunya org yg patut berbangga skang ialah MAMAT KHALID. semua cerita dia simple, rekax, budget x tinggi.tp terbaik la....hahah...dgr kata ada lg 5 sequal utk Kg Pisang ni. x sabar nk tggu.




Aerobiks

Assalamualaikum

Next week ada mentor-mentee programme (first time utk semester baru)kepada sesapa kat luaq sana nak join, mai la pakai baju merah ok??

Monday, April 4, 2011

BBQ & Family Piknik

Assalamualaikum

Ahad (3/4/2011) berpiknik & BBQ di Bukit Belacan, Ampang. 40min perjalanan via kereta dr jln puchong ni. x jem.


troli/tenggiling kitorg
kami bawa laksa :)

menu yg lain:
nasi tumis with sambal ikan bilis, telur rebus, timun
kuih lopes
sardin roll
buah2an
jajan
kek






ayam perap with halia


1/2 from us

MACHA...bila rambut x comel

Assalamualaikum

Kita akan jumpa Macha ni at least sebulan sekali
huhuh...RM8/kepala...:)





gunting..gunting...gunting...ting ting..

Sunday, April 3, 2011

moving..:)

www.fitriahhassan.blogspot.com to www.ladyloved.blogspot.com

Saturday, April 2, 2011

Jualan Gudang Coklat

Assalamualaikum
Semalam pergi jualan gudang coklat dekat Glenmarie Industrial.Memang murah2 la.tp coklat Tudor Gold sahaja la.ada la jugak air kotak n biskut. jualan tu dh start 2 hari.last hari ni.nasib baik ada geng nak p sana.so borong la sket.tp memg murah..


ini hasil berebut dgn org ramai..:)
total spend : RM 60


kotak gold tu : RM5/kotak
crispy : RM5/kotak
butter cookies : RM7
coklat assorted balang : RM10/balang
coklat paket : RM5/3 paket
air oren kotak : RM8 (ada 10 packet)


dgn setiap pembelian RM20 keatas, kita dpt beli tabung crispy yg cute ni RM1 je.memandangkan dh spend RM60, aku borong 3 biji la.