Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

Movie Hour | Kongsi & Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum

Semalam lepas kerja terus ke Mid Valley untuk back to back movie kat GSC (www.gsc.com.my). Untuk keselesaan & kesenangan bersama, tiker telah dibeli online :) x nak kena beratur panjang & bersesak sesak dengan orang lain. First, kami tengok KONGSI. Cerita ni sampai dapat RM 7 juta/ seminggu. Fine, jalan cerita biasa sahaja. Rasanya tiket boleh jual bnyak ni sebab orang nak p tengak si Shaheizy Sam (watak utama). Pastu pula attraction dia ialah, mamat ni berlakon cakap Kelate. Itu ajerla. lagipun iklan filem ni kat TV memang duk sogak orang ramai dengan lawak bahasanya. Genre : KOMEDI. Aku kasi 3/5 stars.



Second movie pula, Nur Kasih The Movie. Pukul 10.05 malam. Tempat yang sama. Hall lain. Hall untuk filem ni besar. Memang dah diperuntukkan berdasarkan sambutan orang ramai. Filem ni aku kasi 4/5 stars je. Memang nothing special. Cuma sambungan dari cerita Nur Kasih kat TV. Sebabnya cerita ini sampai ke tua wataknya. Sinematography yang sangat cantik. Itu memang kelebihan pengarahnya Khabir Bhatia. Kalau perasan, semua filem/drama arahannya, mempunyai angle/sudut kamera yang sangat cantik. Idea gambar sangat tinggi. Sebab itu la aku suka tengok cerita arahannya. Setakat hari ni, tidak ada pengarah yang dapat melihat angle shoot macam dia. Untuk filem Nur Kasih the Movie, memang x ada wow-factor untuk aku. Aku rasa cerita ni biasa biasa sahaja. Tiada kelainan daripada dramaya. Hanyaleh kesinambungan watak & jalan ceritanya. Apa pun pendapat masin masing berlainan. So, selamat menonton :)


0 comments: