Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

Recipe of the Day | Mee Rebus

Assalamualaikum

Semalam percubaan kali kedua buat mee rebus. kali pertama out. terlebih udang kering rasanya. semalam hari first berpuasa bulan Syawal ni. Ntah sempat nak cukup 6 hari x tau la. Maklumla orang pompuan. berbalik cerita mee rebus. balik kerja semalam tengok TV3 cerita kuali oh kuali. Nafsu nak makan membuak buak. Bila posa kayu pun nampak macam chocolate stick ;p. episode semalam mi udang. sambil telan air liur aku tengok & salin dia punya resepi. baru teringat resepi mee rebus aku dah ada. amik dari Kuali Oh Kuali jugak, episod lepas lepas. dengar menahan lapar, aku pun laju hayun kaki p dapur.

Gambar lupa nak snap. Tapi bak kata husband tersayang memang class... berkobar kobar duk tunggu buka posa. huh... cara penyediaan simple sahaja. Selamat mencuba ;)

Procedure
Kuah
tumis bawang putih & udang kering (ditumbuk)
Masukkan cili kisar (sampai masak)
Masukkan rempah kari
Masukkan air (kalau air rebusan lg bagus)
Tunggu sehingga mendidih
Masukkan ubi keledek (direbus & dilenyek, nak senang blend je)
Masukkan udang/daging
Gula
Garam
Perasa

Mee
Rebus/celur dlm air mendidih
Tabur bawang goreng/tauhu goreng/taugeh/telur rebus
Tuang kuah

apa lagi? makan la...

nota kaki: bahan bahan ikut suka. banyak/sikit bergantung sendiri. tiada had. tiada jaminan buat jadi super power. segala aduan tak jadi tidak akan dilayan.

0 comments: