Assalamualaikum
Weekend lepas aktiviti full. Hari Sabtu pagi kami (asben & wife) ke KL Sentral. naik LRT putra dari kerinchi (RM 1.60/head). Asben dah plan untuk naik KL Hop-On Hop-Off. Apa tu? Its actually a double decker bus. Bas ni akan bawa kita pusing pusing satu KL. Kebanyakan yang guna perkhidmatan ni tourist la. Kaedah nak naik bus ni mudah saja. Kita perlu beli tiket bas. RM 19 (malaysian & adult), RM 12 (malaysian, children, disabilities & student). Foreigner pulak antara RM 38 & RM 27. Tiket ini sah 24 jam.
Operasi bas ini dari pukul 0830 sehingga 1930. Maknanya bas pertama yang akan bertolak dari Malaysia tourist centre(MTC) (STOP 1) pukul 0830 dan terakhir pukul 1930. Bas ni akan melalui 22 stop. Antara tempat stopnya; KL Tower, KLCC, dataran merdeka, tasik petdana, istana budaya, karyaneka, petaling street, taman burung..... Dah tak ingat ;p perjalan dari stop1 ke stop2 mengambil masa dalam 2 jam ++. Setiap stop kita boleh turun. Tiket jangan hilangkan tau. Sebab kita akan tunjuk tiket setiap kali nak naik bas. Di satu satu stop bas seterusnya akan menyusul >< 40 minit kemudian. Bas ni ada 2 jenis. Satu yang ada opendeck kat tingkat atas. Bas ni boleh la nak feeling rambut terbang terbang macam hindustan. Lagi satu covered. Menarik kan. Tak semestinya tourist ja yang boleh naik. Kita yang tak ada aktiviti sangat bolehla join perkhidmatan ni. Happy holiday!!
Hari Ahad pulak, pertama kali dalam hidup dapat tengok teater. Semua ini suatu kebetulan. Sebab naik bas tu singgah istana budaya, turun jalan jalan & bergambar. Masuk dalam tu, teringin pulak nak tengok teater. Nak nak pulak sekarang cerita THE SECRET LIFE OF NORA. Terbeli la tiket. Sebab last minute. Seat pun x banyak tinggal. Jakun jugak la masa nak beli tiket tu. Seat kami 4 row dari stage. Mula mula pikir lenguhla kepala. Sebab duk bayang macam tengok wayang kan.
On the day tu, memang full panggung sari. Cerita ni memang hebat. Tak sia sia beli tiket mahal mahal pun. Best & kagum sangat sangat. Backdrop yang real. Dancers yang fuhhhh.. Lawak yang superb... Dan yang paling best Roger Floss yang ensem ;p bila seat kat depan memang puas hati. Dapat tengok diorang berlakon depan mata. Tangan tu macam boleh capai ja. Memang boleh belek muka diorang satu satu. Seat VIP kat tingkat 2. Seat paling murah tingkat 3. Agaknya diorang nampak ke muka sorang sorang yang berlakon tu ek? Puas hati sangat sangat. Cerita ni almost 3 jam. Intermission 20 minit. Rasa cepat sangat habis. Enjoice.
2 comments:
tengok teater mmg best kalau dpt sean depan2...boleh nampak semua benda...expression muka..kalau ada scene menangis siap boleh nampak air mata..teringat zaman student selalu pi tengok musical/theatre..mmg berebut nak seat depan2 je..paling ideal row 4-5 camtu...hehe
seronok tengok hang bahagia...lama x dgr cerita?
aku mcm ni la ijah. tp mmg best kan tgk teater kat depan2. hahah... hang pun lama ja senyap.
Post a Comment