Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 1, 2011

Eat Pray Love | Genting Highlands

Assalamualaikum

Sempena cuti Maal Hijrah lepas, p ke Genting :). Kami berdua p naik bas dari KL Sentral. Malang tidak berbau sebab bas cuma available pukul 12. itupun seat belakang skali. isk isk...punya la ramai orang p sana. Tambah tambah pulak cuti sekolah. owhhh... lama la melepak kat KL Sentral. dah sampai sana, kena beratur sejam lebih untuk naik skyway untuk ke atas. owhhh... lenguh sungguh kaki. Sampai atas, x main apa apa pun. cuma jalan jalan. kalau nak main kena datang weekdays. sebab semua full & beratur panjang. pukul 6.30ptg ambil bas balik ke KL Sentral.


Monday, November 21, 2011

Eat Pray Love | Ikan Bakar Jalan Bellamy

Assalamualaikum
Semalam makan ikan bakar kat belakang Istana Negara (skang Istana dh pindah p jalan Duta la). Baca dalam blog pasal medan ikan bakar tu. Memang kena ketuk kaw kaw la. Tak sedap lak tu. Semalam time p semua kedai tutup kecuali kedai hujung skali. Sebab dah p, so akan juga la. Nasi putih-2/ ulam kacang botol & kacang bendi/ teh-o ais & limau ais/ ikan bakar-keli, pari & sotong. Total RM 50.10. haaaaaa?? semput. caittt kena ketuk tol.





Friday, November 18, 2011

Ngaaaum Harimau Malaya

Assalamualaikum

Dah dengar lagu semangat untuk team malaysia? tajuknya selamanya...memang best. kalau nyanyi satu stadiummemang gemuruh habis.


Thursday, November 17, 2011

Stuff | Precious

Assalamualaikum

Yesss sangat sangat suka jam tangan. Honestly taksub & kagum.




Tuesday, November 15, 2011

Recipe of the Day | I Heart You Darl

Assalamualaikum

I am so lucky to have u dear! wonderful supper. Thanks. Hebat sungguh. Kagum betul betul.




Diner Dash | Island BBQ steamboat

Assalamualaikum

Ahad lepas, the only adik belanja makan steamboat + grill kat Kampung Melayu Subang. Not bad. Cuma choice tak banyak. Tapi sesuai la dengan harga yang dikenakan.

RM19.90/adult
Rm 9.90/children (age below 5)


Masa tidak ada had. Kedai ni masuk ke kiri trafiic light selepas Petronas (dari arah Shah Alam). Lokasi dikawasan kejiranan. So tak pack dengan traffic. Dinasihatkan membuat reservation terlebih dahulu sebab selalunya full house. Kedai dibuka dari jam 7-11 malam. Selamat menjamu selera :)






Thursday, November 3, 2011

T.O.G.E.T.H.E.R


Wednesday, October 19, 2011

Pengesahan Halal Malaysia

Assalamualaikum

Renung renungkan, selamat beramal


















credit : jumpa dari facebook. empunya sazuya blog.
klik gambar untuk pembesaran jitu

Tuesday, October 18, 2011

Eat Pray Love | KL Hop-On Hop-Off & Teater

Assalamualaikum


Weekend lepas aktiviti full. Hari Sabtu pagi kami (asben & wife) ke KL Sentral. naik LRT putra dari kerinchi (RM 1.60/head). Asben dah plan untuk naik KL Hop-On Hop-Off. Apa tu? Its actually a double decker bus. Bas ni akan bawa kita pusing pusing satu KL. Kebanyakan yang guna perkhidmatan ni tourist la. Kaedah nak naik bus ni mudah saja. Kita perlu beli tiket bas. RM 19 (malaysian & adult), RM 12 (malaysian, children, disabilities & student). Foreigner pulak antara RM 38 & RM 27. Tiket ini sah 24 jam.



Operasi bas ini dari pukul 0830 sehingga 1930. Maknanya bas pertama yang akan bertolak dari Malaysia tourist centre(MTC) (STOP 1) pukul 0830 dan terakhir pukul 1930. Bas ni akan melalui 22 stop. Antara tempat stopnya; KL Tower, KLCC, dataran merdeka, tasik petdana, istana budaya, karyaneka, petaling street, taman burung..... Dah tak ingat ;p perjalan dari stop1 ke stop2 mengambil masa dalam 2 jam ++. Setiap stop kita boleh turun. Tiket jangan hilangkan tau. Sebab kita akan tunjuk tiket setiap kali nak naik bas. Di satu satu stop bas seterusnya akan menyusul >< 40 minit kemudian. Bas ni ada 2 jenis. Satu yang ada opendeck kat tingkat atas. Bas ni boleh la nak feeling rambut terbang terbang macam hindustan. Lagi satu covered. Menarik kan. Tak semestinya tourist ja yang boleh naik. Kita yang tak ada aktiviti sangat bolehla join perkhidmatan ni. Happy holiday!!



Hari Ahad pulak, pertama kali dalam hidup dapat tengok teater. Semua ini suatu kebetulan. Sebab naik bas tu singgah istana budaya, turun jalan jalan & bergambar. Masuk dalam tu, teringin pulak nak tengok teater. Nak nak pulak sekarang cerita THE SECRET LIFE OF NORA. Terbeli la tiket. Sebab last minute. Seat pun x banyak tinggal. Jakun jugak la masa nak beli tiket tu. Seat kami 4 row dari stage. Mula mula pikir lenguhla kepala. Sebab duk bayang macam tengok wayang kan.


On the day tu, memang full panggung sari. Cerita ni memang hebat. Tak sia sia beli tiket mahal mahal pun. Best & kagum sangat sangat. Backdrop yang real. Dancers yang fuhhhh.. Lawak yang superb... Dan yang paling best Roger Floss yang ensem ;p bila seat kat depan memang puas hati. Dapat tengok diorang berlakon depan mata. Tangan tu macam boleh capai ja. Memang boleh belek muka diorang satu satu. Seat VIP kat tingkat 2. Seat paling murah tingkat 3. Agaknya diorang nampak ke muka sorang sorang yang berlakon tu ek? Puas hati sangat sangat. Cerita ni almost 3 jam. Intermission 20 minit. Rasa cepat sangat habis. Enjoice.


Thursday, October 13, 2011

Hari Ko-K 2011

Assalamualaikum

hari ni ada pameran Hari Ko-K. Tahun ni meriah betul. Dengan pameran perkahwinannya. Awesome. Ni gambar time perasmian kat dalam dewan. Ada 4 pasang pengantin.





Eat Pray Love | Bukit Malawati & Port Dickson

Sabtu lepas (8/10/2011) asben plan p jalan jalan ke Kuala Selangor lebih tepat lagi ke Bukit Malawati. Niat dihati nak tidor sana. Bolehla plan ke kampung Kuantan, tengok klip klip. tapi mendung ja. so balik terus. Perjalanan dari KL ke Kuala Selangor lebih kurang 1 jam setengah. Sebab tak tau jalan, kami follow google map ikut Kapar. benda baru ni. banyak kenangan. experienced :)



Habis Kuala Selangor petang tu bertolak pulak ke Port Dickson. Ada famili day kak ipar. berjalan sakan. Stay kat Permaisuri resort. Apartment. Not bad. Kebetulan Sabtu malam ada pasar malam :) weekend yang sangat seronok sebab dah lama tak kuaq jalan jalan. Thanks semua.




AQUARIA

Assalamualaikum

6/10/2011 sempat join lawatan ke Aquaria, KLCC. Geng geng yang buat. so semangat pakat nak p semua. best sebab dpt masuk free. ni dah second time p aquaria. bawa student dalam 270 orang. memang ramai. fuhh semangat. nasib baik tak incharged kalau tak masak la. so aku punya part jalan jalan & ambil gambar dengan students la.




snap gambar tak banyak sangat. fee nak masuk aquaria RM35/adult. tapi kena tunjuk kad pengenalan tau. sebab foreigner harga lain.

Saturday, October 1, 2011

Wordless

Assalamualaikum

Alhamdulillah. selepas hampir 4 tahun dapat juga hantar soft cover ke Fakulti Sains. Macam macam halangan. Fitnah dunia. Pahit manis. Yang lagi bnyak pahit. Allah saja yang tahu. Syukur. Memang nasib tak menyebelahi aku. Terus terang SV tak banyak menolong. Kepada yang nak sambung belajar. Beware. Cari la SV yang boleh bantu kita. Yang boleh share problems. Understanding. InsyaAllah semuanya akan smooth. Perjalanan aku agak pahit untuk dikenang :p. Wish me luck untuk siapkan hard cover. Aku ingin tenang. Terus terang hati aku x akan pernah tenang selagi benda ni x siap.



Recipe of the Day | Puding Jagung

Assalamualaikum
Thanks to Puan Eda. Success resepi anda. Selamat mencuba :)

Ingredients:
1 cawan tepung kastard
3 cawan santan
1 cawan gula (adjustable tahap kemanisan)
1 tin sweet corn


Tuesday, September 20, 2011

Recipe of the Day | Mee Rebus

Assalamualaikum

Semalam percubaan kali kedua buat mee rebus. kali pertama out. terlebih udang kering rasanya. semalam hari first berpuasa bulan Syawal ni. Ntah sempat nak cukup 6 hari x tau la. Maklumla orang pompuan. berbalik cerita mee rebus. balik kerja semalam tengok TV3 cerita kuali oh kuali. Nafsu nak makan membuak buak. Bila posa kayu pun nampak macam chocolate stick ;p. episode semalam mi udang. sambil telan air liur aku tengok & salin dia punya resepi. baru teringat resepi mee rebus aku dah ada. amik dari Kuali Oh Kuali jugak, episod lepas lepas. dengar menahan lapar, aku pun laju hayun kaki p dapur.

Gambar lupa nak snap. Tapi bak kata husband tersayang memang class... berkobar kobar duk tunggu buka posa. huh... cara penyediaan simple sahaja. Selamat mencuba ;)

Procedure
Kuah
tumis bawang putih & udang kering (ditumbuk)
Masukkan cili kisar (sampai masak)
Masukkan rempah kari
Masukkan air (kalau air rebusan lg bagus)
Tunggu sehingga mendidih
Masukkan ubi keledek (direbus & dilenyek, nak senang blend je)
Masukkan udang/daging
Gula
Garam
Perasa

Mee
Rebus/celur dlm air mendidih
Tabur bawang goreng/tauhu goreng/taugeh/telur rebus
Tuang kuah

apa lagi? makan la...

nota kaki: bahan bahan ikut suka. banyak/sikit bergantung sendiri. tiada had. tiada jaminan buat jadi super power. segala aduan tak jadi tidak akan dilayan.

Monday, September 19, 2011

Movie Hour | Hantu Bonceng & Raya Tak Jadi

Assalamualaikum

Dah lama x update. Malas ditambah pulak kat ofis ni habis semua nak kena block. Maka jadinya blockspot. Kat rumah paham paham la. x sempat. Baju yang tinggi menggunung pun x sempat nak lipat apatah lagi nak update blog ;p

Movie 2 ni dah tgk. Hantu bonceng dah lama. Raya x jadi mmg tgk hari first tayangan. Venue mmg kat MidValley. Tu yang paling dekat. Dua dua cerita x la best tersangat sangat. Dalam konteks tak rasa nak p tengok lagi pun. Boleh la la la je citer ni.

Hantu bonceng: banyak provokasi untuk 18SX. cara olahan cerita nak tunjuk life mat rempit. agak tak senonoh. ada viewer yang bagi comment menyentuh hal agama Islam. memang kalau tengok movie tu boleh dikatakan agak tepat comment viewer tersebut. asyik nak azan tidak bertempat. memang x salah nak azan. contohnya nampak pompuan terdedah kaki si zizan bernafsu. kawan dia azan kat telinga. menjadi bahan ketawa. kenapa? azan untuk kita gelak ke? itu pandangan peribadi. bahasa yang digunakan agak lepas. mungkin nak hidupkan watak mat rempit. tapi cerita tu memang lawak. overall aku kasi 3/5 stars.


Raya Tak Jadi : iklan yang ditayangkan kat tv memang buat aku rasa nak p tengok. tambah tambah ada Johan yang memang kita sedia maklum kelakar. hrmmm.... cerita ni pun x ada kick sangat. Watak johan & apek memang hidup & best sangat sangat. watak watak sampingan memualkan. tambah tambah 2 orang penjahat bodoh & wife jalaludin dalam movie ni. betul betul annoying. sakit mata tengok dengan over acting diorang. overall 2.5/5 stars.

Wednesday, August 3, 2011

Big Appreciation

Assalamualaikum

Monday, July 25, 2011

MakanMakan pre-Puasa

Assalamualaikum

MakanMakan. Itu hobi geng kot. Asal nak jumpa ja kena rasuah makanMakan dulu :) MakanMakan ni pada Sabtu(malam) lepas maghrib (konon)...Last last lepas Isyak. Menu ringkas sebab dah x ada idea nak masak apa. Sori geng. Harap kenyang la ek?

Kebetulan pulak malam tu ada bola Malaysia vs Singapura (5-3). Of course la Malaysia 3. Siap malam tu punya status Bangang punya Bola. Puas hati aku ;p




nyamNyam

Bini bini & bakal bini

hero pn hazlini. comel x?

Tuesday, July 5, 2011

Movie Hour | Sekali Lagi

Assalamualaikum

This is best bro :) Sweet sangat. Banyak kali juga hati ni sebak. Memang mantap lakonan semua. Aku kasi 4/5 stars :)

Wish List | KL Tower

Assalamualaikum

Alhamdulillah tercapai gak hajat nak bawa mak & ayah p makan kat Menara KL. Sabtu lepas p. Sabtu yg sangat best. Sebab mak & ayah tidoq kat umah. Pagi Sabtu p makan roti canai kat kedai tepi jalan. Entri lepas. Hehehe... seronok sangat. Apa apa pun terima kasih banyak banyak khas buat En. Adni. Tanpanya, memang impian hanya tinggal impian yg terlalu lambat utk dicapai. :)




Tuesday, June 28, 2011

Beg Cap GAJAH

Assalamualaikum

Ini beg cap gajah ;p. Tak boleh blah tengok design dia. Agaknya, ada ke orang yang beli ek? hrmmm... Actually ini beg Sembonia. Terjumpa kat Jusco Mid Valley.

Wednesday, June 22, 2011

Movie Hour | Green Lantern

Assalamualaikum

Semalam memandangkan masih bercuti, aktiviti kitorang ialah tengok wayang la. Gren lantern kat GSC Mid Valley. Paling dekat dengan rumah.



Genre : Action

Agak x munsabah la. Tapi dah namanya pun MOVIE. So memang macam tu la :) Okla cerita dia. X ada wow factor sangat. Kecuali En Adni duk sibuk nak jadi Green Lantern tu :p

Aku kasi 3/5 stars

Mood : CUTI Kedah

Assalamualaikum

Entri kali ini aku rangkum semua sekali apa aktiviti aku masa balik cuti kat Kedah 2-3 hari lepas. Maklumla dekat kampung x sempat nak update. Asyik makan je kerjanya. Syukur semua selamat & hepi hepi sahaja :) Cuti kali ini lama sikit apply cuti. Extra 2 hari (Isnin & Selasa)



KL - AOR -KL
Bertolak balik Alor Star Jumaat malam (2030). As usual AirAsia. Sampai dalam 2130. X ada baggage. Just hand carry. Lepas kerja terus gerak ke KL Sentral tunggu En Adni :)





Hari : 1
Jalan jalan rumah sedara (Taman Uda). Balik tu singgah karnival kat Kota Kuala Kedah. karnival jual jual ni. Ada macam macam jugak la yang dijual. Tikar, bantal, makanan, pakaian etc. Aku paw jeruk. Last last x makan pun. Tinggal je dalam peti ais kat umah :p



Balik karnival, terus p Alor Star. Sebab nak tengok Dataran Paris & I-City Alor Star. Duk dengar aje. Sebab hari masih cerah, ada 2-3 pokok je yang nyala lampu. Rupa rupanya Datarn Paris tu depan Masjid Zahir. Tak tau napa diorang letak nama Dataran Paris (maklumla x pernah sampai Paris lagi..)



Hari :2
Pagi hari terus pergi old school (Sultanah Asma) sebabnya nak amik salinan sijil berhenti sekolah. Entah hilang mana la sijil aku tu. Sampai sampai sana, punya la ramai cikgu cikgu time aku dulu kat pejabat sekolah. Malu kot. Ada cikgu Harun, teacher zarina, Sir Ku etc. Lepas tu, terus p Menara Alor Star. Sebab En Adni dah lama mengidam nak naik menara tu. X ada yang menarik pun atas tu :(


Hari : 3
Hari last sempat lagi p engok wayang dengan Ogy & asben :). cerita SUPER8. Okla. Action. Aku kasi 3.5/5 stars. Tengok wayang deka Big Cinema kat Alor Star Mall. Memang x ada orang. Plus p tengok hari Isnin. Hari kerja.



Paling best, bila balik KL. Balik sekali Mak & Ayah :) Tiket last minute ambil :) Makan kat Kedah pula punyala banyak. Non stop makan. Yang pelik tu x kenyang kenyang. Punyala sedap mak masak. Makan sampai nak pengsan :p