Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label What I've Seen. Show all posts
Showing posts with label What I've Seen. Show all posts

Monday, March 19, 2012

March 2012 | Bandung-Puncak-Jakarta

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Percutian ke Indonesia telah berjalan dengan lancarnya. 5 hari 4 malam. 2 malam di Bandung dan 2 malam di Jakarta. Syukur.. sekali lagi dapat melihat keindahan negara orang. Kami (asben, mak, ayah, kakak dan abg ipar) join pakej ke sana yang di kelolakan oleh mak saudara (mak su). Perancangan dari pertengahan tahun lepas lagi. Semua orang naik flight dari Penang cuma aku and asben je naik dari LCCT. Flight ke sana selama 2 jam. Bertolak dari LCCT pukul 10.15 am. Rupa rupanya, masa di Indonesia lambat sejam berbanding Malaysia. Maknanya, kami sampai di Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport pukul 11.15 waktu tempatan. Sampai je kat sana, geng dari Penang dah lama duk tunggu kami.

Hari Pertama
Jakarta- lunch di Jakarta - Bertolak ke Bandung (mengambil masa 3 jam menaiki bas) - Rumah Mode - bermalam di Isola Resort, Bandung

Hari Kedua
Tangkuban Perahu - Factory Outlet - Pasar Baharu - bermalam di Isola Resort, Bandung



Hari Ketiga

Taman Safari Indonesia - Puncak/ Bogor - Jakarta - bermalam di Amaris Hotel, Jakarta

Hari Keempat
Taman Mini Indonesia - Tanah Abang Lama - Tugu Monas - Masjid Istiqlal - bermalam di Aramis Hotel, Jakarta



Hari Kelima
Thamrin City (Tanah Abang Baru) - bertolak balik KL

Memang rasa x puas. Standard la kan.. InsyaAllah ada rezeki akan ke sana lagi. Enjoice!

Saturday, April 16, 2011

Miri, Makanan & .....





Kempen Pilihan Raya..

Friday, April 15, 2011

Taman Negara Niah

Assalamualaikum

Day 2 : Gua Niah

Kami bertolak ke Niah selepas makan laksa sarawak :) kt Miri. Dalam pkl10 pg la baru bertolak ke sana. perjalanan mengambil masa sekitar 1.5 jam. jalan x berapa elok. x rata. sepanjang perjalanan hanyalah pemandangan kg kg especially rumah rumah panjang. rupa rupanya rumah panjang diberi nama sempena nama Tuai Rumah. ada yg rumah panjang tradiosal ada juga yg moden (rumah batu). kami sampai di sana pukul 11.30 pg.


bayaran MYR 10/head

utk ke Gua Niah mestilah menyeberangi Sg Niah. utk boat pulak MYR 1/head.



perjalanan utk sampai ke Gua Niah perlu berjalan kaki sejauh ~4km. sgt penat. tambahan pulak jalan agak licin. kadang kadang kena daki bukit. memang penat & berpeluh x hengat. fuhhhh...sabo je la..



utk masuk ke dalam Gua Niah, mesti ada torchlight sbb dlam tu gelap x nampak apa2. torchlight lak kena sewa MYR 5. suasana dlam Gua Niah mestila gelap sgttt. masuk ke dalam Gua hanyalah utk 1 kepuasan. x kan la dh jalan jauh2 x nak masuk lak kan? dlam tu, kita dapat lihat cahaya masuk dr bumbung gua.sgt cantikk..:)


Indahnya ciptaan Allah..

Thursday, April 14, 2011

Coret Coret Bandar Seri Begawan

Assalamualaikum

snap snap sepanjang perjalanan & sekitar bandar..enjoice






Masjid Emas (Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien)
Kesemua kubahnya diperbuat drp emas.difahamkan kubah yg terbesar dianggarkan bernilai $B 7 juta.Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolakiah menunaikan solat Jumaat di sini. Ruang dalam masjid sgt cantik, sejuk & dilengkapi sebuah eskalator. dimana Sultan Brunei akan menggunakannya utk naik ke ruang khas sementara menunggu Solat Jumaat




Kg Ayer, Negara Brunei Darussalam

Assalamualaikum

Day 1: Brunei
Kami bertolak ke Brunei pg, ambil masa hampir 3 jam dr Miri via kereta. sepanjang perjalanan ke Bandar Seri Begawan (BSB) hanyalah dihiasi dgn kiri kanan jalan yg bersemak samun.tiada pembangunan. hanyalah kg kg kecil. macm x percaya. iye la Brunei terkenal sbg negara yg kaya. sepatutnya bnyak la pembangunan. BSB sja yg betul2 membangun yg dpt didefinisi kan sbg sbuah bandar.

Sampai sahaja Brunei, kami trus ke KG AIR.





tambang boat = $B10/head

Secara ringkas mengenai KG AIR, bilangan penduduk di sini ~22 000 org.bayangkan betapa besarnya perkampungan ini. terdapat 14 buah sekolah. ini termasuklah sekolah rendah, menengah malah terdapat juga sekolah agama.pengangkutan utama penduduk di sini semestinya pengangkutan air (boat laju) sehingga wujudnya Boat stop.kalau kita Bus stop. kehidupan mereka sgt menarik.kita dapat lihat kanak kanak berbaju sekolah sedang menunggu boat. sungguh unik..:). utk pengetahuan, penduduk kg ini, turut mempunyai kenderaan darat (kereta,motosikal,van, dsb) yg di parkingkan di seberang sungai.





yg paling menarik di sini ialah adanya stesen minyak SHELL atas air. khusus utk boat boat. sgt unik..:)..

Tuesday, March 8, 2011

Singapore

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..weekend lepas sampai pn ke JB. Ada wedding member Nurzila and Pfa.2 2 nya kat JB tempat x jauh antara satu sama lain. so senang la, sekali harung 2 member..bertolak dr KL sabtu pg >< 8.20 am. kami p berempat la.2 lg membe husband. x sangka pulak x sejauh Kedah. pukul 12 dh leh sampai umah Pn Pfa.
Pn. Norafifah Mardi




Kitorg angkat kaki pukul 2pm. trus hntar kawan husband ke Senai utk amik flight ke KL. tggal la kami bertiga. Kami check in kat THISTLE hotel, JB. Sgt cantik hotel ni.Puas hati sgt2..katil pn besarrrrr.....;)...level 11. berhadapan selat teberau. leh la nampak singapore.



Selepas check in kami bertiga menuju ke SINGAPORE...nasb baik la bawa pasport.kalo x tgk aje la singapore dr hotel. huhuhu....kebetulan member sorg lg ada reserved hostel kat singapore.sebb keesokannya di amik flight back to Miri from Changi airport.. so ada la teman utk ke sana. ni la first time nak ke negara org!! x reti lg mcm mana gaya nya kat kompleks kastam. kami decide utk guna bas utk ke sana. tambang bas x mahal RM 0.90 / person.

Sampai kat CIQ semua kena turun la utk cop kat passport.sungguh seksa.sebb ramai org n kena beratur panjang. n ambil masa la.lepas dh setel kat kastam, naik balik bas and trus ke stesen MRT iaitu Kranji.



From Kranji kami trus ke Raffles..tambang $ 3.60/person.kalo x silap la. ambil masa dalam 40 min ++. lenguh kaki sebb fullhouse.hahha....ok...utk pengetahuan MRT dia boleh keliling singapore tu sndr. so imagine la kan, singapore x besar sgt la...kebanyakan rakyatnya is chinese n ada la indian.minority malay la...susah jugak nak jumpa yg bertudung la.




bandar singapore sgt kemas n tersusun. cantik, bersih..bab makan sgt susah..sebb susah nak cr yg halal ni.mungkin kami jalan di sekitar bandar nya sahaja sbb masa x cukup..bandarnya mmg chinese la banyak.utk 1 tempat ke 1 tempat, kami hanya berjalan kaki. kami x bernasib baik sebb x dpt tgk singa yg kuaq air tu.under maintenance.huhuhu...x ada la gambar trademark singapore ni. ok, currency dia agak tggi compared malaysia...

RM 2.352 = $ 1

fuhhh....beli air tin biasa dh $2. fridge magnet pn $3/piece. so kopak jugakla utk yg x ada duit sgt ni mcm kami..;).. whatever it is...experience..mencipta memori bersama suami..we love explore, travel, photographing...

so malam pkul 9 pm lebh kami bergerak balik ke JB. same procedure. cumanya kami amik MRT dr Orchard trus ke Kranji. n amik bas ke JB. proses kat CIQ lebh cepat utk masuk ke Malaysia..cuma cop shj tanpa bnyak bicara..


hari Ahad, kenduri Pn Zila pula...


En Bobo and Pn Zila



Congrate utk Pn Zila n Pn Pfa
Semoga Bahagia Ke Syurga
Aminn...