Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

Beg Cap GAJAH

Assalamualaikum

Ini beg cap gajah ;p. Tak boleh blah tengok design dia. Agaknya, ada ke orang yang beli ek? hrmmm... Actually ini beg Sembonia. Terjumpa kat Jusco Mid Valley.

Wednesday, June 22, 2011

Movie Hour | Green Lantern

Assalamualaikum

Semalam memandangkan masih bercuti, aktiviti kitorang ialah tengok wayang la. Gren lantern kat GSC Mid Valley. Paling dekat dengan rumah.



Genre : Action

Agak x munsabah la. Tapi dah namanya pun MOVIE. So memang macam tu la :) Okla cerita dia. X ada wow factor sangat. Kecuali En Adni duk sibuk nak jadi Green Lantern tu :p

Aku kasi 3/5 stars

Mood : CUTI Kedah

Assalamualaikum

Entri kali ini aku rangkum semua sekali apa aktiviti aku masa balik cuti kat Kedah 2-3 hari lepas. Maklumla dekat kampung x sempat nak update. Asyik makan je kerjanya. Syukur semua selamat & hepi hepi sahaja :) Cuti kali ini lama sikit apply cuti. Extra 2 hari (Isnin & Selasa)



KL - AOR -KL
Bertolak balik Alor Star Jumaat malam (2030). As usual AirAsia. Sampai dalam 2130. X ada baggage. Just hand carry. Lepas kerja terus gerak ke KL Sentral tunggu En Adni :)





Hari : 1
Jalan jalan rumah sedara (Taman Uda). Balik tu singgah karnival kat Kota Kuala Kedah. karnival jual jual ni. Ada macam macam jugak la yang dijual. Tikar, bantal, makanan, pakaian etc. Aku paw jeruk. Last last x makan pun. Tinggal je dalam peti ais kat umah :p



Balik karnival, terus p Alor Star. Sebab nak tengok Dataran Paris & I-City Alor Star. Duk dengar aje. Sebab hari masih cerah, ada 2-3 pokok je yang nyala lampu. Rupa rupanya Datarn Paris tu depan Masjid Zahir. Tak tau napa diorang letak nama Dataran Paris (maklumla x pernah sampai Paris lagi..)



Hari :2
Pagi hari terus pergi old school (Sultanah Asma) sebabnya nak amik salinan sijil berhenti sekolah. Entah hilang mana la sijil aku tu. Sampai sampai sana, punya la ramai cikgu cikgu time aku dulu kat pejabat sekolah. Malu kot. Ada cikgu Harun, teacher zarina, Sir Ku etc. Lepas tu, terus p Menara Alor Star. Sebab En Adni dah lama mengidam nak naik menara tu. X ada yang menarik pun atas tu :(


Hari : 3
Hari last sempat lagi p engok wayang dengan Ogy & asben :). cerita SUPER8. Okla. Action. Aku kasi 3.5/5 stars. Tengok wayang deka Big Cinema kat Alor Star Mall. Memang x ada orang. Plus p tengok hari Isnin. Hari kerja.



Paling best, bila balik KL. Balik sekali Mak & Ayah :) Tiket last minute ambil :) Makan kat Kedah pula punyala banyak. Non stop makan. Yang pelik tu x kenyang kenyang. Punyala sedap mak masak. Makan sampai nak pengsan :p

Thursday, June 16, 2011

Anak :)

Assalamualaikum

Topik agak serius :). Memandangkan dah kahwin & x ada anak lagi kan, info info macam ni sangat berguna. Cuba baca dengan hati yang terbuka

ANAK

Wednesday, June 15, 2011

Movie Hour | X-Men First Class & Kungfu Panda 2

Assalamualaikum

Lama x update :) ni antara movie terbaru yang p tengok. Nak dapat tengok 2 cerite ni punyala seksa nak dapat tiket. Asyik fully booked je. Sabo je la. Dah berapa minggu released baru dapat tengok.

X-Men vs Panda :)
Both amazing. Worth it.
Really really suggested.





mutan and proud

Monday, June 6, 2011

Baju Recycle :p

Assalamualaikum

Dek keboringan lepas kelas aku meng google dengan hebat nya. sekadar suka suka :) Cer tengok siapa pakai lagi lawa. Enjoice..

























Wednesday, June 1, 2011

A Pinch on June | Noodle Station

Assalamualaikum

Heheh hari ini perjumpaan 4 jelitawan :) Dah lama x jumpa makcik Wae ni. 2 bulan ada kot. Macam biasa, tempat perjumpaa x pernah berubah, Noodle Station @ SACC Mall. Janji pukul 1230. Great ! Semua on time. Plus aku, yuni & ros sampai first. Maklumla kami naik turbo. Makcik cibik lambat sikit. Macam biasa, appetizer kami gossips ;p



lunch macam biasa ; nasi goreng tomyam + ice teh tarik

sorry yuni, muka anda x cukup lighting :D


:)

Atas hasutan & desakan, kami p Bukit Raja. Tengok wayang pula kat TGV. Cerita Karak. Seriau. Dahla penakut. Overall aku kasi 3/5 stras. Not bad. Bolehla kalau anda semua peminat cerita seram.

Team Building

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan siang tadi, nak update sikit pasal team building yang telah dikhaskan untuk staff tertentu termasuklah aku. Macam biasa, apabila nama naik dipilh untuk ke team building, protes sangat hebat berlaku antara kami yang dipilih. Macam macam status dipost kat dalam FB. Huhuhu. Protes orang orang muda :)

Ok, team building dijadualkan pada 27hb - 29hb Mei 2011 bertempat di Impian Rimba Resort, Hulu Langat. 3H2M. Kami bertolak dr MSU pukul 5pm. Sampai sana dalam pukul 7.30 pm. Ok, jauhnya kan? Plus traffic jam.



buruk je signboard die :P

Bila dah sampai sana, dapat bilik seala bagai la. Aku sebilik dengan DD & Tuan Nurul. Okla roommate kan? Bilik sangat sangat cantik. Kemas & bersih. Sangat puas hati :) Terus ubah tanggapan pasal tempat tu. hihihi...

Aktivi macam biasa la. Malam sampai tu ice breaking. Standard la. Ok, not bad. Then Day-2 aktiviti indoor/kelas. Tapi serius cakap, memang best. X bosan. Hahaha.... kami semua dah jd budak bak :P Day-3 lagi best. Ada water rafting. Belakang resort memang ada sebatang sungai yang sangat deras airnya. Sangat best. Ok, setiap pagi, kami akan buat POCO POCO. Dari x tau apa apa, terus terer la jugak :P Berpeluh. Fuhh



we're group after3

....

Assalamualaikum

Dah beberapa hari x update blog. Bahan ada cuma x ada hati nak menaip. Ntahla. Sebenarnya aku baru balik dr teambuilding (27hb - 29hb Mei 2011). Nntla kalo aku rajin aku update pasal teambuilding tu. kalau la.. haishh.. sejak 2 menjak aku banyak fikir :

1. Sgt2 difikirkan : bila la master aku nak siap ni. macam macam alasan di bagi kat aku. Writting aku pon x bgs. kalau asyik x sempat, bila nak leh buat correction. End of the day, aku juga disalahkan. Ntahla. Dah nasib badan kot :P

2. kerja aku so far sangat sangat ok. cuma gaji ciput je. memang la kena ikhlas. tapi mesti la nak cari better payment kan. kat sini agak bebas, as long as kita siapkan kerja, attend course/meeting. the rest just fine :) So apa yang aku duk fikir, bila la nak dapat kerja yg best ni :)

terus terang aku memang susah hati. x tenang. gelisah. aku sentiasa doa aku sentiasa tenang, lapangkan hati aku. sebenarnya aku x tau la apa yang aku duk serabutkan. macam macam :(