Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

Recipe of the Day | Mee Rebus

Assalamualaikum

Semalam percubaan kali kedua buat mee rebus. kali pertama out. terlebih udang kering rasanya. semalam hari first berpuasa bulan Syawal ni. Ntah sempat nak cukup 6 hari x tau la. Maklumla orang pompuan. berbalik cerita mee rebus. balik kerja semalam tengok TV3 cerita kuali oh kuali. Nafsu nak makan membuak buak. Bila posa kayu pun nampak macam chocolate stick ;p. episode semalam mi udang. sambil telan air liur aku tengok & salin dia punya resepi. baru teringat resepi mee rebus aku dah ada. amik dari Kuali Oh Kuali jugak, episod lepas lepas. dengar menahan lapar, aku pun laju hayun kaki p dapur.

Gambar lupa nak snap. Tapi bak kata husband tersayang memang class... berkobar kobar duk tunggu buka posa. huh... cara penyediaan simple sahaja. Selamat mencuba ;)

Procedure
Kuah
tumis bawang putih & udang kering (ditumbuk)
Masukkan cili kisar (sampai masak)
Masukkan rempah kari
Masukkan air (kalau air rebusan lg bagus)
Tunggu sehingga mendidih
Masukkan ubi keledek (direbus & dilenyek, nak senang blend je)
Masukkan udang/daging
Gula
Garam
Perasa

Mee
Rebus/celur dlm air mendidih
Tabur bawang goreng/tauhu goreng/taugeh/telur rebus
Tuang kuah

apa lagi? makan la...

nota kaki: bahan bahan ikut suka. banyak/sikit bergantung sendiri. tiada had. tiada jaminan buat jadi super power. segala aduan tak jadi tidak akan dilayan.

Monday, September 19, 2011

Movie Hour | Hantu Bonceng & Raya Tak Jadi

Assalamualaikum

Dah lama x update. Malas ditambah pulak kat ofis ni habis semua nak kena block. Maka jadinya blockspot. Kat rumah paham paham la. x sempat. Baju yang tinggi menggunung pun x sempat nak lipat apatah lagi nak update blog ;p

Movie 2 ni dah tgk. Hantu bonceng dah lama. Raya x jadi mmg tgk hari first tayangan. Venue mmg kat MidValley. Tu yang paling dekat. Dua dua cerita x la best tersangat sangat. Dalam konteks tak rasa nak p tengok lagi pun. Boleh la la la je citer ni.

Hantu bonceng: banyak provokasi untuk 18SX. cara olahan cerita nak tunjuk life mat rempit. agak tak senonoh. ada viewer yang bagi comment menyentuh hal agama Islam. memang kalau tengok movie tu boleh dikatakan agak tepat comment viewer tersebut. asyik nak azan tidak bertempat. memang x salah nak azan. contohnya nampak pompuan terdedah kaki si zizan bernafsu. kawan dia azan kat telinga. menjadi bahan ketawa. kenapa? azan untuk kita gelak ke? itu pandangan peribadi. bahasa yang digunakan agak lepas. mungkin nak hidupkan watak mat rempit. tapi cerita tu memang lawak. overall aku kasi 3/5 stars.


Raya Tak Jadi : iklan yang ditayangkan kat tv memang buat aku rasa nak p tengok. tambah tambah ada Johan yang memang kita sedia maklum kelakar. hrmmm.... cerita ni pun x ada kick sangat. Watak johan & apek memang hidup & best sangat sangat. watak watak sampingan memualkan. tambah tambah 2 orang penjahat bodoh & wife jalaludin dalam movie ni. betul betul annoying. sakit mata tengok dengan over acting diorang. overall 2.5/5 stars.