Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 17, 2012

New Phase | EBM

Assalamualaikum

Hari ke-23. Kejap je rasa. Tapi memang nak cepat2 habis pantang & sihat. Bukan sebab nak makan apa-apa. Cumanya nak keluar dari terperap je dalam rumah. Bosan betul. Condition okay. Cuma masih seriau / gayat kat bahagian perur. Kadang-kadang sakit tu datang sepintas lalu :) Ayat serabut. Ni entri pasal SUSU ibu. Actually more to susu aku. 

Awal-awal bersalin memang Day 1 zero. Day 2 maybe ada. Day 3 yakin ada tapi sikittt & sakitt. Omaigad!!! Bila dikenang awal-awal nyusukan Aisy. Airmata memang nak menitik tiap kali Aisy latching.


Ini susu yang aku pam semalam. Paling cemerlang 80 ml. Kalau macam kat atas ni, kira standard pumping untuk setengah jam. Kalau pressure / nak cepat / tengah marah dll perasaan negative, memang tak akan dapat banyak. Boleh dapat 20 ml ++ jer. Memang kena tenang habis.

Nanti aku update kot-kot la boleh dapat banyak lak. InsyaAllah. Orang cakap susu akan bertambah seiring dengan keperluan baby.

Thursday, August 9, 2012

New Phase | Papa New Duty

Assalamualaikum wbt

Tugasan baru as parents. Semua orang pun buat benda yang sama kan? So tak ada la nak ngengada nak cerita sangat. Cuba sehabis baik adapt benda baru. 

 sweetheart help feeding Aisy

Then, sama2 tergolek :p 
Lots of LOVE XOXO

Owh lupa pulak, macam yang anda tengok, Aisy tak bedung kan? We tried, tapi the baby keep on memberontak. Bila keluarkan tangan cool jer :p So, lepaskan je la tangan Aisy tu.

New Phase | Warganegara

Assalamualaikum

Selepas 2 minggu kenal dunia mama & papa, akhirnya saya sah sebagai warganegara Malaysia. Heee... my husband cuti sebab bawa Aisy pergi 1st check up. So sempat buat sijil kelahiran kat PJ. Aisy stay dengan Tok & Wan kat rumah jer. Lagi sebulan dah boleh collect MyKid.

Hello kawan2 semua. Nama saya Muhammad Aisy Bin Mohamad Adni :)

Thursday, August 2, 2012

New Phase | Muhammad Aisy

Assalamualaikum

Syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan yang tak ternilai ini. Hari ni dah genap seminggu melahirkan Aisy. Terima kasih tak terhingga kepada suami, Mohamad Adni Wahab yang banyak bagi support & menenangkan diri ini dikala keresahan. 

Terima kasih juga kepada Prince Court Medical Center (PCMC) di atas layanan yang terlalu istimewa. Buat Dr Seri Suniza Sufian (Pakar O&G) yang dah 7 bulan lebih melayan kami suami isteri dan sambut baby. Terima kasih sebab memahami segala permasalahan kami. Terima kasih kepada Dr Hoe (Pakar bius), saudara Ripin yang banyak menenangkan di dalam bilik OT. Yang selalu minta aku berselawat & berbual-bual sebab nak hilangkan takut aku. Walaupun sekejap kenal, jasa saudara sangat-sangat dikenang. Dr Anthony (Pakar Pediatric) yang cool & sempoi. Serta kepada semua kakitangan PCMC khasnya jururawat di wad 6C, kakitangan F&B dan kakak-kakak dibahagian pembersihan,

Tidak lupa buat Mak & Ayah serta kedua mertua. Terima kasih semuanya.


Terima kasih kepada semua yang datang melawat!!!

Goodies untuk semua. Peace. Jom usha di SINI.