Assalamualaikum
Entri kali ini aku rangkum semua sekali apa aktiviti aku masa balik cuti kat Kedah 2-3 hari lepas. Maklumla dekat kampung x sempat nak update. Asyik makan je kerjanya. Syukur semua selamat & hepi hepi sahaja :) Cuti kali ini lama sikit apply cuti. Extra 2 hari (Isnin & Selasa)
KL - AOR -KL
Bertolak balik Alor Star Jumaat malam (2030). As usual AirAsia. Sampai dalam 2130. X ada baggage. Just hand carry. Lepas kerja terus gerak ke KL Sentral tunggu En Adni :)Balik karnival, terus p Alor Star. Sebab nak tengok Dataran Paris & I-City Alor Star. Duk dengar aje. Sebab hari masih cerah, ada 2-3 pokok je yang nyala lampu. Rupa rupanya Datarn Paris tu depan Masjid Zahir. Tak tau napa diorang letak nama Dataran Paris (maklumla x pernah sampai Paris lagi..)

Hari :2
Pagi hari terus pergi old school (Sultanah Asma) sebabnya nak amik salinan sijil berhenti sekolah. Entah hilang mana la sijil aku tu. Sampai sampai sana, punya la ramai cikgu cikgu time aku dulu kat pejabat sekolah. Malu kot. Ada cikgu Harun, teacher zarina, Sir Ku etc. Lepas tu, terus p Menara Alor Star. Sebab En Adni dah lama mengidam nak naik menara tu. X ada yang menarik pun atas tu :(

Hari : 3
Hari last sempat lagi p engok wayang dengan Ogy & asben :). cerita SUPER8. Okla. Action. Aku kasi 3.5/5 stars. Tengok wayang deka Big Cinema kat Alor Star Mall. Memang x ada orang. Plus p tengok hari Isnin. Hari kerja.

Paling best, bila balik KL. Balik sekali Mak & Ayah :) Tiket last minute ambil :) Makan kat Kedah pula punyala banyak. Non stop makan. Yang pelik tu x kenyang kenyang. Punyala sedap mak masak. Makan sampai nak pengsan :p