Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 20, 2012

Eat Pray Love | Golden Palm Tree Sepang Goldcoast


 Assalamualaikum.

Lama menyepi barangkali. Sibuk melayan blog lagi satu. Alhamdulillah ada juga rezeki walau tak rancak sangat lagi. Last week sempat pergi merehatkan diri. Tak jauh mana pun. Kat Sepang ja. Ada la sejam perjalanan dari KL. Golden Palm Tree. Memang awesome. Dulu pergi mana berdua saja. Skang dah pun bertiga. So, ini kira first vacation Little Aisy la. Hrmmm...
 

Sunday, October 7, 2012

New Phase | Aisy's 1st Photoshoot

Wednesday, October 3, 2012

Master of Science

Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi tadi dah selesai majlis konvokesyen. Happy me! Aku bahagian keempat sesi pagi. Syukur Ya Allah.


Thursday, September 27, 2012

New Phase | Hello :)

 Assalamualaikum

Mama busy, so saya tolong merapu kat blog Mama. Kenapa Mama busy?? Sebab sibuk berkepit dengan saya :D. Rutin hari-hari Mama sangat pack bila saya tak nak tido. Doktor cakap, saya kena tido 20 jam sehari tau. Biasala kadang-kadang bosan jugak tido. Hehehehe... jom tengok aktiviti saya :D

 blueekkk... ini time relax-relax bila tak nak tido walau usaha yang melangit dari Mama untuk buat saya tido

 okay.. bantal moo moo... selalu duduk kat hujung kaki. Kadang-kadang bila geram saya sepak semua tergolek

Petang dalam pukul 5 macam tu saya p mandi.. badan tak kering lagi pun saya boleh menguap.. well kalau dah mengantuk anytime jer..

 Bila dah siap pakai baju semua, minum susu tapi masih tak nak tido, Mama akan letak dalam rocker. Kira dah final action. Ada kartun tergantung-gantung. Saya gelak kuat-kuat sambil lonjak-lonjak. Maksudnya MISSION FAILED.

Okayla nanti Mama free Mama update blog. Bye uolls...

Wednesday, September 19, 2012

New Phase | You are a ROCKER !!

Assalamualaikum

Rocker Aisy :D Thanx papa. Siap ada lagu & gegar2 lagi.

Friday, August 17, 2012

New Phase | EBM

Assalamualaikum

Hari ke-23. Kejap je rasa. Tapi memang nak cepat2 habis pantang & sihat. Bukan sebab nak makan apa-apa. Cumanya nak keluar dari terperap je dalam rumah. Bosan betul. Condition okay. Cuma masih seriau / gayat kat bahagian perur. Kadang-kadang sakit tu datang sepintas lalu :) Ayat serabut. Ni entri pasal SUSU ibu. Actually more to susu aku. 

Awal-awal bersalin memang Day 1 zero. Day 2 maybe ada. Day 3 yakin ada tapi sikittt & sakitt. Omaigad!!! Bila dikenang awal-awal nyusukan Aisy. Airmata memang nak menitik tiap kali Aisy latching.


Ini susu yang aku pam semalam. Paling cemerlang 80 ml. Kalau macam kat atas ni, kira standard pumping untuk setengah jam. Kalau pressure / nak cepat / tengah marah dll perasaan negative, memang tak akan dapat banyak. Boleh dapat 20 ml ++ jer. Memang kena tenang habis.

Nanti aku update kot-kot la boleh dapat banyak lak. InsyaAllah. Orang cakap susu akan bertambah seiring dengan keperluan baby.