Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 20, 2012

Gifted | Chocolate Bar Ramadhan

Assalamualaikum

Esok puasa tau jangan tak puasa. Ni untuk semua :D Design latest sempena puasa. I love it. See ya!


Info lanjut jom usha kat sini.

Thursday, July 19, 2012

Gifted | Salam Ramadhan

Assalamualaikum



Syukur Sabtu ini dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik dalam meraikan bulan yang mulia ini. Selamat menyambut ramadhan. Buah tangan sempena Ramdhan ....




Mengasah bakat membuat apam cornetto. Pembaharuan dari segi pembungkusan. Untuk info lanjut jom klik kat sini.

Friday, July 13, 2012

Recipe of the Day | Paprik

Assalamualaikum

Selalu jugak duk masak paprik ni. Senang/simple. Dulu suka duk order bila keluar makan. Makan tak puas sebab tak banyak. Pastu belajar buat la. Senang rupanya dan budget pon x mahal. Moh masak :)

Bahan-bahan
Ayam - kalau tak nak ayam pun tak apa
Sos tiram
Cili mesin - ikut tahap kepedasan masing-masing
Bawang putih - tumbuk
Serai
Daun limau purut - nak bagi wangi
Garam
Perasa makanan - senang cakap ajinomoto - tak letak pun tak apa
Sayur-sayuran - lobak, bunga kubis, kacang panjang, anak jagung dll


Cara-cara
Tumis bawang putih
Masukkan cili mesin - sampai pecah minyak
Sos tiram
Masukkan ayam
Masukkan Serai dan daun limau
Kacau sampai ayam masak
Tambahkan sedikit air - kalau nak berkuah letak lebih sikit
Perasakan masakan dengan garam dan aji
Masukkan sayur-sayuran
Kacau sebentar
Siap

Tuesday, July 10, 2012

Recipe of the Day | Apam Cornetto

Assalamualaikum

Tudiaaa... mai dah.. Mai mai makan aiskrim tengahari ni. Hilang haus. Legaaa... heheheh... Actually ni apam. Apam aiskrim. Okay tak?  Comel je. Ni kalau nak attract budak-budak best ni. Kaedahnya, sama sahaja macam nak buat apam polka dot tu. Cuma, yang ni lebih complicated & makan masa. Budget pun besar sikit. Kat bahagian atas tu guna coklat & badam. Nak real macam aiskrim kan... Nak guna benda lain pun okay jugak. Contohnya nak letak coklat rice (colorful) pun boleh.

 

 Apam aiskrim ini sesuai jugak untuk dijadikan hantaran, doorgift, buah tangan dll. Interested pm me okay? InsyaAllah lepas pantang baru buat delivery. Hihihihihi....
 


Nak siap-siap p check up :D Love yay!

Monday, July 9, 2012

Recipe of the Day | Macaroon

Assalamualaikum

Nah amik macaroon pulak. Hahahaha... First trial. Banyak yang perlu diperbaiki. Asyik orang duk sebut macaroon ja. Aku pun nak jugak buat. Senang sahaja. Rata-rata resepi sama sahaja semuanya. 

hijau & purple macaroon

Bahan-bahan:
Putih telur
Almond powder
Gula kastor
Gula icing
Esen vanila

Cara-cara:
Pukul putih telur dengan gula kastor sampai kembang
Ayak gula icing & almond powder
Masukkan dalam adunan telur
Bakar dalam oven

 Next time akan buat macaroon dalam size yang lebih besar :D Kali ini aku cuma guna chocolate filling sahaja. Chocolate filling ni nak buat sendiri, nak beli kat bakery pon okay. Aku punya beli kat bakery. Untuk pengetahuan, boleh jugak guna Nutella. Selalunya macaroon yang orang duk jual letak filling peanut butter.


Selamat malam

Sunday, July 8, 2012

Recipe of the Day | Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum

Aktiviti hujung minggu. Kali ni try buat blueberry cheese tart pulak. Alhamdulillah menjadi. Macam biasa siapkan crust/shell lebih awal. Untuk pengetahuan crust instant ada dijual kat bakery. Boleh p beli kalau tak nak buat. Tapi tak thrill laa kan? crust buat semalam. 

 Ini rupanya bila kuar dari oven. Kena sejukkan. Lepas tu simpan dalm bekas kedap udara. Boleh buat banyak-banyak terus dan simpan untuk kegunaan masa depan.

 
Tadaaa.... inilah hasilnya blueberry cheese tart. Filling kat dalam dah tentu blueberry. Kalau nak tukar guna filling lain pon boleh jugak. Contohnya kiwi, nanas, strawberry atau apa sahaja yang kena dengan tekak. Nak cantik deco sikit atas cheese sebelum bakar. Kena cepat-cepat deco sebelum cheese keras. Nanti tak cantik. 
 

Selamat berhujung minggu

Sunday, July 1, 2012

Recipe of the Day | Fruit Tart

Assalamualaikum

Weehuu... memperkenalkan fruit tart. Oh yeah... aku dah berjaya buat benda ni. Acuan tart aku beli minggu lepas. Tart kita boleh sediakan awal sebab simpan dalam bekas kedap udara InsyaAllah boleh tahan lama. Filling buat tadi. Buat filling kastard je. Boleh tahan lama walaupun tak letak dalam peti sejuk. Kalau buat filling chesse memang kena letak dalam tempat sejuk la.


Actually esok ada jamuan potluck ;D  So aku plan nak bawa something. Then, bawa fruit tart lah !


Untuk fruit tart ni, aku letak buah strawberry & kiwi hijau je. Kalau korang nak penuh lagi, bolehla letak buah anggur (kalau boleh yang tak ada biji), rasberry pun ok jugak. Untuk lebih menyerlah aku letak sekali chocolate rice. Hehehhe...Kalau nak letak yang colourful pun ok jugak. Ikut kreativiti masing-masing lah ye?