Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 19, 2012

Recipe of the Day | Jelly Orange Kiut Miut

Assalamualaikum

Weekend lepas try buat jeli/agar-agar nama kampungnya :) Bezanya buat buah oren. Serius kiut miut. Malas nak bebel panjang. Layan jerk.. Lupa pulak nak btau, resepi & ideal dari Kak Nor secubitgaram.com.

Bahan-bahan
Agar-agar - aku guna yang tali
Air
Gula
Buah oren - dalam 5 biji. nak guna lebih pon ok
Jus oren - perah dari buah oren
Oren Sunquick - beberapa sudu

Cara-Cara
Masukkan kesemua bahan kecuali jus oren & sunquick ke dalam periuk
Masak sehingga agar-agar & gula hancur sepenuhnya
Tutup api
Masukkan jus oren & sunquick
Sejukkan & tuang dalam bekas

Sedia untuk di makan

Thursday, June 14, 2012

You R My HIRO xoxo

Assalamualaikum

Ingat lagi tak kek ni? Dulu masa kecik-kecik ada jual kat kedai runcit. Dulu RM0.50. Time tu mahal sangat. Bila ada duit lebih baru boleh beli. Teringin sangat nak makan kek ni. Dah 8 bulan lebih baru dapat makan. Sebelum ni puas cari merata kedai, tapi tak ada dah. Syukur husband jumpa cari (lepas tanya kawan-kawan). Terima kasih B. Sekarang harga masih sama lima posen. Tapi, saiz dia dah separuh dari asal. Hukhukhuk... Tak apa la. Asal HIRO. Sedap oo..

Recipe of the Day | Puding Buah

Assalamualaikum

Akibat teringin sangat nak makan puding buah. Maka, meng"google" resepi. Asalnya nak buat puding laici. Husband request nak buah time beli barang nak masak. So, kita layan sahaja. Alhamdulillah, sedap ditekak. Senang sahaja.

Bahan-bahan:
Agar-agar (yang dalam peket) - 1 peket
Air
Gula
Susu cair - 1 tin
Telur - 2 biji
Buah dalam tin (selalu guna untuk buat coktail)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar hancur
Masukkan gula ikut tahap kemanisan yang kita nak
Nak wangi letak la daun pandan - aku tak letak sebab x ada
Kacau lagi sampai gula hancur
Masukkan susu cair
Masukkan telur - dipukul terlebih dahulu dalam bekas lain
Last skali masukkan buah dalam tin sekali dengan syrup nya
Kacau sebentar
Tunggu sejuk sikit, tuangkan ke dalam bekas
Masukkan dalam peti sejuk
Sedia untuk dimakan


p/s : sedap makan bila sejuk

Friday, June 8, 2012

Home Sweet Home

 Bulan yang sangat2 sibuk. Nak kena pindah rumah. Walaupun kawasan yang sama. Bezanya cuma blok, memang tak menyempat. Mana dengan boyot nya. Nak tolong banyak sangat pon x boleh. Skang ni kain baju kat umah lama lagi. Suppose kena keluar umah hujung bulan ni (Jun 2012). fuhh.... masih ada perabot yang tak angkat. Mujur la mak & ayah ada sini skang. Minggu lepas pakat2 angkut. 90% jugakla. Tak payah nak upah orang dah nak angkut barang. Hanya berbekalkan troli kecik, leh angkut semua skali. Aku sangat kagum dengan mak. Terima kasih semua. Termasukla Ayah, Ogy & Abg Mi. Terima kasih kat husband yang sampai sekarang duk pindah barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Thanks sayang. Kesian die penat balik kerja nak kena angkut barang.  

Eat Pray Love | Its my BIRTHDAY

 Heee dah tua aku. May lepas 16hb. Alhamdulillah masih sihat dan di kelilingi insan2 yang tersayang. Tahun ni x amik cuti sebab b-day jatuh hari Rabu. Kerja macam biasa la. Student ada kasi kad & hadiah. Kebetulan sama tarikh dengan hari guru. Lebih meriah. Asyik makan ja. Petang geng2 (Fizah & aishah) belikan kek. Terharu wei..... uwaaaa.. terima kasih darlings semua. Then petang tu juga dapat delivery bunga dari husband tercinta. Memang serius tak tau pon. Thanks syg. Tahun ni paling meriah rasanya kot :p
 
 On my b-day :)

 muka seronok dapat kek & bunga :)
 
hadiah dari Mommy Yana

Semester May 2012


Assalamualaikum

Dah lama x update. Busy sikit. Ni nak update pasal kerja. Buat julung2 kalinya sangat bermurah hati nak buat sesuatu kat mentee. Untuk pengetahuan semua, kat sini setiap lecturer ada mentee. Macam kat U dulu2. So mentee baru aku ni budak tajaan MARA. Ada dalam 16 orang semua. 2 minggu lepas diorang ada exam. Mid semester exam. Kebetulan aku ajar juga mentee aku semester ni. Budak2 sangat suka kalau duk bagi goodies. So, aku tempah coklat ngan member ofis. Tak mahal mana pon. RM1/coklat. Coklat bar macam gambar kat bawah ni. Untuk lebih gempaq aku buatkan la ala2 bookmark kasi kat mentee aku. Punya la seronok budak2 tu. Kadang2 benda kecil yang kita rasa tak seberapa ni buat diorang syok. Depa syok, aku laaagi syok.