Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 14, 2012

Recipe of the Day | Puding Buah

Assalamualaikum

Akibat teringin sangat nak makan puding buah. Maka, meng"google" resepi. Asalnya nak buat puding laici. Husband request nak buah time beli barang nak masak. So, kita layan sahaja. Alhamdulillah, sedap ditekak. Senang sahaja.

Bahan-bahan:
Agar-agar (yang dalam peket) - 1 peket
Air
Gula
Susu cair - 1 tin
Telur - 2 biji
Buah dalam tin (selalu guna untuk buat coktail)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar hancur
Masukkan gula ikut tahap kemanisan yang kita nak
Nak wangi letak la daun pandan - aku tak letak sebab x ada
Kacau lagi sampai gula hancur
Masukkan susu cair
Masukkan telur - dipukul terlebih dahulu dalam bekas lain
Last skali masukkan buah dalam tin sekali dengan syrup nya
Kacau sebentar
Tunggu sejuk sikit, tuangkan ke dalam bekas
Masukkan dalam peti sejuk
Sedia untuk dimakan


p/s : sedap makan bila sejuk

0 comments: