Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 30, 2012

Recipe of the Day | Kek Batik Coklat


Assalamualaikum

Second time try buat kek batik. This time lebih senang. ini untuk makan petang hari ni. Fuhh... leh tahan sungguh aku duk memasak. Tengahari ni makan nasi ayam. Nanti aku tulis entri nasi ayam. Kali ni layan dulu resepi kek batik coklat. Ready? Hehehhe...

Bahan-bahan:
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 g butter
125 g milo
3 sb serbuk koko - tak letak pun tak apa
1/2 sk serbuk nescafe - aku tak letak pun
1/2 tin susu pekat
1 kampit biskut marie - tak habis pun sekampit

Cara-cara:
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik ( untuk memudahkan diangkat dari loyang)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar-agar. Masak sampai agar-agar hancur
Masukkan butter dan gunakan api kecil
Apabila butter sudah cair bolehlah masukkan susu, milo sedikit demi sedikit sehingga milo sebati
Masukkan pula serbuk koko
Gaul tanpa henti dan tak berketul lagi
Setelah pekat, boleh start susun biskut marie ke dalam loyang
Susun sehingga menutupi seluruh permukaan loyanga
Cedok  adunan coklat dan ratakan
Ulang langkah menyusun biskut sehingga adunan coklat habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais
Potong dan siap untuk dihidang

Recipe of the Day | Chocolate Brownies

Assalamualaikum


Ini hasil malam tadi. Bosan tak tau nak buat apa. Godek-godek resepi. Pastu barang pulak ada. So try buat. Senang saja. Semua pun boleh buat :) Chocolate brownies tak perlu guna telur pun.

Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk tepung jagung
1/2 cawan Serbuk koko
Secubit Garam
3/4 cawan gula kastor

Bahan B
2 sb Susu pekat
1 cawan Susu cair
1 sk Esen vanilla
1/4 cawan Mentega cair/minya sayuran

Cara-Cara
Ayak Bahan A. 
Satukan Bahan B di dalam satu bekas.
Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.
Kacau hingga sebati. 
Tuang ke dalam loyang yang telah di sapu dengan mentega.
Tabur kekacang atau coklat chip.
Bakar pada suhu 160 C ~ 30 minit bergantung kepada tahap kepanasan oven masing-masing.
 

Friday, June 29, 2012

Recipe of the Day | Chocolate Mayonnaise Cupcake

Assalamualaikum

Sempena cuti 3 hari :) tadaaaa... cupcake. First time try buat cupcake. Hahaha... comot sungguh. 



Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
1 sk baking powder

Bahan B
3 sb serbuk koko
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan nescafe segera dibancuh dengan air

Cara-cara
Satukan bahan A
Dalam bekas lain, satukan bahan B
Masukkan B ke dalam A
Pukul sebati
Sudukan dalam mangkuk kertas 3/4 penuh
 Bakar lebih kurang 25-35 min / 175 C

Selamat mencuba!

New Phase | 35 weeks

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-35. Rasanya ini baru entri kedua pasal pregnancy kan? Adakah aku tak excited? Baby... mama seronok sangat-sangat. Tapi tak semestinya nak kena tulis semua kan? Cukupla sekadar kita berdua je yang tahu. Ok? Hehehe... Kejap je rasa. Macam tak percaya. Perut pon tak besar sangat. Orang ingat baru 5-6 bulan ja. Its ok. Baby cukup sihat. Dah 2.4 kg. 

Pergerakan dah slow sikit. 2 minggu lepas, waktu pagi. Around 8 a.m., tetiba ja rasa sakit sangat menyerang sekeliling perut. Ada la dalam 1-2 minit. Berpeluh juga tahan sakit. Nak demam rasa. Alhamdulillah. Dah tak jadi macam tu lagi. False alarm. 

Masuk 7 bulan, dah start sembahyang duduk. Sebabnya susah waktu nak bangun lepas duduk antara dua sujud tu. Tido malam dah tak lena sangat. Kecuali kalau betul-betul letih waktu siang. Kalau ikut due ada lagi 5 weeks to go. Nervousnya... Tapi tak mau fikir sangat. Oh ya, sekarang ni bukan main bersemangat nak memasak. Nak baking la. Excited sangat. Barang-barang nak memasak lagi banyak dari barang baby. pelik sungguh. Nanti kamu bila dah kat luar, mesti rajin kat dapur :) Aminn... Tolong mama ek? Thanks sayang..

Okla.. dah lewat. Selamat malam semua... Doakan yang terbaik untuk kami. Assalamualaikum..

Tuesday, June 26, 2012

Mentoring Activity

Assalamualaikum

Inila mentee-mentee aku untuk 3 semester ni sebelum diorang semua further Medic. Alhamdulillah, tahun ni dapat semua melayu/Islam. Sebab dapat budak tajaan MARA. Senang sikit nak berurusan. Okla, ini aktiviti pertama kitorang. Main bowling. Demand. Sebab nak main kat Sunway. Hahaahaha... Last weekend (Sabtu). So far, okla. Agak happening. Thanks korang semua sebab datang join. Peace yo!



winner untuk best boy & girl

Monday, June 25, 2012

Eat Pray Love | Happy Birthday Sayang

Assalamualaikum

Sorry sayang.. entri lambat. Uwaaaa... plus sengkek pulak bulan ni. Tak ada kasi apa-apa. Soooo frust. Uhukhukhuk.... Selamat hari lahir sayang. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Ny sayang B sangat-sangat. Nanti Ny dah pandai buat kek, Ny buatkan spesel untuk B. Tengok, tahun ni Aqeef yang bagi kek :) Terima kasih Aqeef.



Recipe of the Day | 3 Layer Strawberry Puding


Assalamualaikum

Malam tadi selepas tangguh beberapa hari nak try buat puding strawbery ni. Ada yang namakan snow puding. Tapi aku letak nama dia 3 Layer Strawbery Puding. Sebab memang 3 lapis pon. Cuma ada technical error sikit. Hahaha... suppose lapisan pink di tengah2. Hukhukhuk... Okla malas nak ngomel panjang. Sesapa yang berminat leh try ek?

Bahan-Bahan:

Lapisan pertama
serbuk agar-agar
Gula
setitis esen vanila
Susu segar
Whipping cream

Lapisan kedua
Buah strawbery - dikisar dengan sedikit air + pewarna pink/merah
serbuk agar-agar
Gula
Sebiji telur putih - dipukul sehingga kaku/kental

Lapisan ketiga
Serbuk agar-agar
Gula
Susu segar
Serbuk coklat - dibancuh bersama air panas
Coco Emulco - kalau ada letak

Cara-Cara:

Masak setiap lapisan satu persatu sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Tuang kedalam loyang. Pastikan setiap lapisan mengeras sebelum dituang lapisan kedua dan setrusnya lapisan ketiga. Simpan dalam peti sejuk.

Tuesday, June 19, 2012

Recipe of the Day | Eskrem Malaysia Moden

Assalamualaikum

Ini namanya eskrem Malaysia. Bekas moden. Yang traditional isi dalam plastik panjang. Nanti kita try buat. Container eksrem ni boleh beli di kedai DAISO :) ada beberapa cawangan kat sini. Tuang jer lebihan air manis yang korang buat. Ini perisa oren sunquick. Pastu letak dalam peti ais kat sejuk beku. Moh try !!

Recipe of the Day | Jelly Orange Kiut Miut

Assalamualaikum

Weekend lepas try buat jeli/agar-agar nama kampungnya :) Bezanya buat buah oren. Serius kiut miut. Malas nak bebel panjang. Layan jerk.. Lupa pulak nak btau, resepi & ideal dari Kak Nor secubitgaram.com.

Bahan-bahan
Agar-agar - aku guna yang tali
Air
Gula
Buah oren - dalam 5 biji. nak guna lebih pon ok
Jus oren - perah dari buah oren
Oren Sunquick - beberapa sudu

Cara-Cara
Masukkan kesemua bahan kecuali jus oren & sunquick ke dalam periuk
Masak sehingga agar-agar & gula hancur sepenuhnya
Tutup api
Masukkan jus oren & sunquick
Sejukkan & tuang dalam bekas

Sedia untuk di makan

Thursday, June 14, 2012

You R My HIRO xoxo

Assalamualaikum

Ingat lagi tak kek ni? Dulu masa kecik-kecik ada jual kat kedai runcit. Dulu RM0.50. Time tu mahal sangat. Bila ada duit lebih baru boleh beli. Teringin sangat nak makan kek ni. Dah 8 bulan lebih baru dapat makan. Sebelum ni puas cari merata kedai, tapi tak ada dah. Syukur husband jumpa cari (lepas tanya kawan-kawan). Terima kasih B. Sekarang harga masih sama lima posen. Tapi, saiz dia dah separuh dari asal. Hukhukhuk... Tak apa la. Asal HIRO. Sedap oo..

Recipe of the Day | Puding Buah

Assalamualaikum

Akibat teringin sangat nak makan puding buah. Maka, meng"google" resepi. Asalnya nak buat puding laici. Husband request nak buah time beli barang nak masak. So, kita layan sahaja. Alhamdulillah, sedap ditekak. Senang sahaja.

Bahan-bahan:
Agar-agar (yang dalam peket) - 1 peket
Air
Gula
Susu cair - 1 tin
Telur - 2 biji
Buah dalam tin (selalu guna untuk buat coktail)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air sampai agar-agar hancur
Masukkan gula ikut tahap kemanisan yang kita nak
Nak wangi letak la daun pandan - aku tak letak sebab x ada
Kacau lagi sampai gula hancur
Masukkan susu cair
Masukkan telur - dipukul terlebih dahulu dalam bekas lain
Last skali masukkan buah dalam tin sekali dengan syrup nya
Kacau sebentar
Tunggu sejuk sikit, tuangkan ke dalam bekas
Masukkan dalam peti sejuk
Sedia untuk dimakan


p/s : sedap makan bila sejuk

Friday, June 8, 2012

Home Sweet Home

 Bulan yang sangat2 sibuk. Nak kena pindah rumah. Walaupun kawasan yang sama. Bezanya cuma blok, memang tak menyempat. Mana dengan boyot nya. Nak tolong banyak sangat pon x boleh. Skang ni kain baju kat umah lama lagi. Suppose kena keluar umah hujung bulan ni (Jun 2012). fuhh.... masih ada perabot yang tak angkat. Mujur la mak & ayah ada sini skang. Minggu lepas pakat2 angkut. 90% jugakla. Tak payah nak upah orang dah nak angkut barang. Hanya berbekalkan troli kecik, leh angkut semua skali. Aku sangat kagum dengan mak. Terima kasih semua. Termasukla Ayah, Ogy & Abg Mi. Terima kasih kat husband yang sampai sekarang duk pindah barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Thanks sayang. Kesian die penat balik kerja nak kena angkut barang.  

Eat Pray Love | Its my BIRTHDAY

 Heee dah tua aku. May lepas 16hb. Alhamdulillah masih sihat dan di kelilingi insan2 yang tersayang. Tahun ni x amik cuti sebab b-day jatuh hari Rabu. Kerja macam biasa la. Student ada kasi kad & hadiah. Kebetulan sama tarikh dengan hari guru. Lebih meriah. Asyik makan ja. Petang geng2 (Fizah & aishah) belikan kek. Terharu wei..... uwaaaa.. terima kasih darlings semua. Then petang tu juga dapat delivery bunga dari husband tercinta. Memang serius tak tau pon. Thanks syg. Tahun ni paling meriah rasanya kot :p
 
 On my b-day :)

 muka seronok dapat kek & bunga :)
 
hadiah dari Mommy Yana

Semester May 2012


Assalamualaikum

Dah lama x update. Busy sikit. Ni nak update pasal kerja. Buat julung2 kalinya sangat bermurah hati nak buat sesuatu kat mentee. Untuk pengetahuan semua, kat sini setiap lecturer ada mentee. Macam kat U dulu2. So mentee baru aku ni budak tajaan MARA. Ada dalam 16 orang semua. 2 minggu lepas diorang ada exam. Mid semester exam. Kebetulan aku ajar juga mentee aku semester ni. Budak2 sangat suka kalau duk bagi goodies. So, aku tempah coklat ngan member ofis. Tak mahal mana pon. RM1/coklat. Coklat bar macam gambar kat bawah ni. Untuk lebih gempaq aku buatkan la ala2 bookmark kasi kat mentee aku. Punya la seronok budak2 tu. Kadang2 benda kecil yang kita rasa tak seberapa ni buat diorang syok. Depa syok, aku laaagi syok.